Monday, May 4

Hari Yang Memenatkan...

Posted by Rini at 6:48 PM
Pagi2 lagi dah teman mak pegi amik darah kat klinik.. Seramai2 orang. Nasib la proses amik darah cepat. Kesian mak sebab dia kena puasa. Kalau lambat tadi takut pitam lak dia sebab mak gastrik, jadi kalau lambat makan tu dia boleh jadi keneneng. Pastu gi sarapan. Abis sepinggan nasi lemak dak nurin makan. Lapar agaknya sebab dia belum nyusu lagi pepagi tadi. Dah abis makan aku terus ke KHEDN Melaka, nak uruskan surat beranak Nurin. Ada particular yang salah isi. Baik2 nak buat yang Nurin punya, surat beranak laki aku lak yang kena buat baru sebab dah macam belacan, hehe. Nak fotostat tu la ini la. Aduss.. Ni la yang aku cukup malas nak uruskan benda2 macam ni. Yang staf tu pun satu hal. Explain tak khusus. Aku dah balik dia call semula cakap dokumen lagi. Adoi.. nasibaik la aku ada kat area2 situ lagi sebab beli barang. Kalau aku dah sampai umah tak ke haru. Dah la jauh. mau jer aku maki dia tadi. Tapi sabar....
urusan kat JPN jer dah baper jam. Letih la... kul 5 tadi baru sampai umah semula.

0 comments on "Hari Yang Memenatkan..."

Post a Comment

 

RINI'S STORIES.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal