Sunday, January 24

29 weeks

Posted by Rini at 10:19 AM 0 comments Links to this post

Sedar tak sedar pregnancy aku dah 29 minggu. Dah masuk third trimester. This period of time tumbesaran baby akan semakin aktif. Time ni baby akan serap calcium dengan lebih rancak. Jadi aku yang tak minum susu ni semestinya baby akan serap calcium aku yang sedia ada. Dari tulang atau gigi kita. Nak wat camner takleh minum susu even susu soya. Mula la membuak nak muntah. Pil calcium lak doktor tak sarankan kita consume. Ada beli susu HL kotak besar hari tu, tu pun terkulat2 nak minum. Paksa gak telan. Pasni nak ingat nak gi supermarket beli HL lagi alternative untuk susu tepung yang aku takkan minum punya.

Hari tu masa check rutin bacaan Hb aku 10.9 jer. Quite not good. Sikit lagi nak tahap bahaya. Ni pun sebab aku tak consume iron yang klinik kasi. Jadi darah merah aku baby dah serap untuk badan dia. Sebab tu darah aku jadi cair. Preg kali nie quite problem sikit. Dengan gula naik, kena wat bsp sampai bersalin. Fuhh .. Nak anak punya pasal kena la redah semuanya. Harap2 dah besar nanti biarlah jadi anak yang soleh.

Hubby dah dekat 2 bulan shutdown. Takder cuti langsung. Nak makan pizza kena la tangguh dulu tekak nie sampai cukup bulan. Dah lama mengidam ni. Gantikan dengan KFC pun tak jalan, dia nak pizza gak. Bukan takleh gi sendiri dengan Nurin tapi tak best la. Dah biasa gi makan bertiga baru seronok. Tunggu la lagi seminggu. Yummy..

 

RINI'S STORIES.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal