Created by The Car Connection
Saturday, July 25
Wednesday, July 22
RC Car Hubby Aku
Akhirnya hubby aku dapat gak beli RC car dia walaupun mendapat tentangan yang sungguh hebat dari 'aku'.. Maksudnya aku tak kasi beli laa. Dia beli dari orang brunei. Tu pun dah RM950. Baru chasis jer. Belom masuk masuk esc, batery, charger, remote, servo n tahapeape lagi. Tah baper ribu lagi nak standby taktau la aku. Survey dia nya remote, harga dia dah ratus2. Remote je tu. Adoii.. Sakit kepala n hati nie pasal harga dia. Biar je la. Tengah shipping nie lom sampai lagi. Anyway aku pun boleh tumpang sekaki gak masa main keter cntrol ni nanti. Laju woo! syok jer tengok orang main kat track.
Brand Tamiya TRF 416 World Edition. Limited edition nie.
Brand Tamiya TRF 416 World Edition. Limited edition nie.
Monday, July 20
Hari ni 27 Rejab hari yang mulia. Sempena hari nie juga aku berpuasa sunat Isra' Mikraj. Tah kenapa hari ni aku agak letih. Mungkin sebab tak sahur. Mungkin gak sebab cuaca yang amatlah terik. Tapi mujur aku dapat hantar kak ipar aku ke Melaka Sentral n beli barang-barang skit kat Tesco. Lepas gi Tesco mak ajak gi Cowboy lak. Hmm ikutkan je la. Sampai rumah terus terbaring. Sebab panas aku pun capai towel n mandi puas2. Terus sembahyang zuhur.
Sekarang dah kul 6.23pm lagi sejam jer nak buka. yuhuu! Mak masak rendang itik pagi tadi. Aku tak penah makan lagi rendang itik. Hubby ckp sedap. Daging itik lagi sedap dari daging ayam walaupun nampak macam sama. Kak ipar beli kat umah jiran. Seekor je dah RM49 siap proses. Mahal kan?
Subscribe to:
Posts (Atom)