Friday, August 15

Gagap

Posted by Rini at 11:31 AM 0 comments
Assalamualaikum...

Nak citer sikit pasal gagap nih. My doter dulu memang gagap sampai aku jadi risau. Kalau sebut ibu tu berkali-kali dia sebut. ibu ibu ibu ibu.. ka ka ka kakak nak air. Hadoi, sian anak aku ni gagap pulak. Sampai lah aku terjumpa fadilat ayat al-quran.

'Jika dibaca surah Al-Isra' pada sebekas air lalu diberi minum kepada orang yang gagap, Insyaallah hilang gagapnya itu.'

Aku dengan penuh rasa khusyuk dan berharap kepada yang Esa, sediakan sebotol air (air seeloknya air yang tidak dimasak, sebab air yang dah dimasak ni mati, Cik Halimah ajar) org alim kat Bera Pahang.

Lepas solat, aku pun baca surah ni kat air tu (tutup jangan lupa buka pulak) dengan niat sepenuh hati Allah akan hilangkan gagap anak aku.

Surah ni panjang, lama jugak aku baca. Mujur si kecik tak bangun. Kalau tak hilanglah khusyuk aku tu alias kena ulang semula la proses dari awal.. heheh.

Aku pun bagi minum anak aku sikit-sikit, masa kasi minum tu pun niatkan jugak biarlah hilang gagap dia.

Dan tak lama juga aku realise anak aku dah tak sebut ibu ibu ibu ibu lagi. Aku perasan dia dah cakap sebutir-sebutir. Walaupun ada ayat dia tu yang menceceh tapi no more gagap.

Alhamdulillah, aku bersyukur sangat sebab usaha dan doa aku dikabulkan Allah. Apa yang penting segala yang kita lakukan mestilah yakin. Tu teras utama. Kalau tak yakin tak akan jadi. (ni pun cik Halimah cakap)

Sekian wassalam...

*baru pasan post ni draft dah 5 tahun. hahaha baru publish..
Posted by Rini at 11:28 AM 0 comments


Assalamualaikum..

Hari ni tiba-tiba teringat yg aku ada blog yg dah berabuk.

Laptop tempat aku menaip blog ni dulu2 pun dah tak berjaga. Button2 nye pun dah rongak dek kerana anak2 dok guna.

Takde ape nak ditulis sesaje nk bg nyawa kat blog yg dh ditinggalkan lama ni.

Kiss the Rain - Yiruma

Posted by Rini at 11:23 AM 0 comments




Sad mood..
 

RINI'S STORIES.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal