Thursday, May 7

Resepi Kuih Lompang

Posted by Rini at 3:36 PM



Hari ni rajin nak buat kuih lompang lak. Tekak tetiba teringin nak makan. Memandangkan tepung beras and tepung ubi ada kat dapur tu boleh la mulakan operasi mem'bikin'nya. Sebenarnya buat kuih ni senang jer. Mungkin nampak remeh sebab acuan dia tu kecik-kecik. Tapi pada yang yang 1st time nak buat, Insyaallah resepi ni memang menjadi. Cubalah....

Bahan-bahannya:

  • 2 1/2 cwn tepung beras

  • 1/2 cwn tepung ubi

  • 1 cwn gula

  • 1 sdt esen vanilla/rose

  • 4 cwn air

  • Dn. pandan

  • Kelapa parut & garam

  • Pewarna (ikut suka)

Cara-cara bikin:

  • Panaskan kukusan.

  • 2 cwn air dicampur ke dalam tepung beras dan tepung ubi. Mesrakan.

  • 2 cwn air lagi dimasak dengan gula dan daun pandan.

  • Satukan kedua-dua bahan ini. Letak esen vanila.

  • Boleh bahagikan kepada beberapa bahagian dan titiskan warna.

  • Tuangkan bancuhan ke dalam acuannya. ( acuan kecil berwarna merah ). Sebelum itu acuannya hendaklah dioles dengan minyak sedikit agar bila kita hendak keluarkannya ketika sudah masak nanti kuih tak melekat.

  • Kukus kuih dalam masa 15 minit. Letakkan kain kat penutup pengukus tu biar air wap tu tak menitik kat dalam kuih nanti.

  • Tunggu kuih sejuk sekejap baru kita cungkil dari acuannya.

  • Taburkan kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam.

  • Sedia untuk di ngap.






0 comments on "Resepi Kuih Lompang"

Post a Comment

 

RINI'S STORIES.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal