Friday, June 26

Hari Ketiga Rejab..

Posted by Rini at 8:29 AM 0 comments


Hari ni hari ketiga aku berpuasa Rejab. Harap2 aku dapat berpuasa dengan bilangan hari yang lebih banyak. Hari pertama cuaca memang cool jer. Tapi hari kedua cuaca memang cukup panas n hangat. Harap2 hari nie cuaca elok jer la. Hehe..

Hari pertama tu hubby belikan ayam percik untuk buka. Sebab ada pasar malam kat area tempat keje dia. By the way thanx to hubby sebab dia balik awal untuk belikan ayam tu. Kalau ikut time dia punch-out kul 7 n sampai umah dalam kul 7.30 malam. Tapi hari rabu tu dia sampai umah kul 6.50 p.m

Semalam n hari nie takder la ayam percik. Untuk esok aku dah booking siap2, nak ayam percik lagi sebab esok ada pasar malam lagi. Hmm sedap la sikit berbuka. Biasala kan, time2 puasa nie makanan yang bakar2 yang buat selera



Wednesday, June 24

Pengalaman Di Bilik Mayat. Kisah Benar.....

Posted by Rini at 8:07 AM 0 comments

Dipetik dari pengalaman…


Sebuah kisah benar yg terjadi dan tak dpt dilupakan oleh penulis sepanjang hidupnya!


Pesanannya, Hati2lah bila masuk ka tandas dan pandang sekeliling dan baca doa masuk tandas supaya anda tidak mengalami apa yg beliau alami.


Malam itu, malam Jumaat. Kebanyakkan anggota polis dan penyiasat-penyiasat semua dah balik ke rumah, ada yang keluar makan, ada pulak yang sedang melakukan rondaan atau serbuan di tempat-tempat yang hangat disarangkan jenayah.


Aku baru jer balik dari rumah mayat SGH utk mengenal pasti satu mayat yg menurut doktor rumah mayat, adalah Lim Ah Bee, seorang pemandu teksi, yang dilaporkan hilang 7 hari lepas. Memang betul tu lah dia, menurut gambar-gambar yang diberikan oleh ahli keluarganya, yg melaporkan kehilangan Ah Bee kelmarin.


Badanku berlengas peluh dan bau busuk dari bilik mayat. Setibanya dipejabat, aku mencapai tuala dan sabun, menukar kasut, dan menuju ke arah bilik mandi. Jam di dinding menunjukkan pukul 12:20 malam. “Apa lah nasibku ini,” aku mengeluh…


Baru semalam shif pagi, dan hari ini hari cuti aku. Tapi terpaksa bekerja juga. Sgt Hilal terpaksa mengambil cuti tergempar kerana bapanya sakit teruk. Takpelah hari ni hari dia. Besok mungkin hari ku pulak.


Sampai jer di bilik air, aku terus menuju ke kamar mandi. Seluruh bilik air tu kosong, sebab hanya 3 orang jer yg bertugas malam tu. Kedua-dua rakan sekerja yg bertugas keluar menghadiri kes. Aku pun melucutkan pakaianku, terus membuka air panas dan membiarkan air itu menbasahi seluruh rambut dan badanku…


Tiba-tiba, terdengar bunyi yang aneh, “Pssssttttt.”


Mula mula, aku fikir salah seorang dari kedua rakanku itu dah balik ke stesyen dan ada di kamar mandi.


Aku pun menjerit “Bala, kau ke tu ?” tapi tak ada jawapan.


Aku pun sambung menggosok gosok sabun ke seluruh badanku. Kurang dari 3 minit kemudian, bunyi tu ada lagi ” Psssssssttttt”. Tetapi kini, diikuti dengan bau wangi, seperti bunga mawar. Dentuman hatiku terus pantas, dan perasaan takut menyelubungi ku.


Aku pun bergegas mengosokan sabun yang masih ada di tubuhku, ambil tuala dan mengelap seluruh tubuh. Setelah menyarung seluar, aku mencapai baju dan terus membuka pintu.


Tiba-tiba, didepan muka ku, bunyi itu datang lagi, kini lebih kuat “PSSSSTTTTTT” ………… diiringi bau wangi yg menusuk hidungku…


Aku terpaku, tidak bergerak seketika… Lepas tu barulah aku pandang ke atas…..


***PERHATIAN!!! Pada sesiapa yg lemah semangat, harap hentikan membaca sampai disini jer, kerana kejadian ini memang benar2 berlaku.

.......

.......

.......

.......

.......

.......

.......


Lalu aku tertawa sendiri… “Cilaka punya perfume dispenser” buat suspend jerrrrrrrr…

hehehehehehe…

Wallahu a’lam

Tuesday, June 23

Kisah Sedih di Hari Minggu..

Posted by Rini at 11:15 AM 0 comments
Lagu Yang Sedih Didengar... Lagu nie dinyanyikan semula oleh Marshanda...

Sabtu malam kusendiri

Tiada teman kunanti

Di sekitar kulihat dia

Tiada seindah dulu

Mungkinkah ini berakhir

Aku tlah patah hati

Walaupun kuberkata bukan

Bukan itu..


*

Penyesalanku semakin dalam dan sedih

Tlah kuserahkan semua milik dan hidupku

Aku tak mau menderita begini

Mudah-mudahan ini hanya mimpi

Hanya mimpi..


Kisah sedih di hari Minggu

Yang slalu menyiksaku

Kutakut ini kan kubawa

Sampai mati..




Monday, June 22

Rejab Tiba Lagi...

Posted by Rini at 6:04 PM 0 comments
Rabu nie bulan Rejab tiba. Tinggal 2 bulan jer nak masuk bulan puasa. Pada sesiapa yang mampu tu sama-samalah kita berpuasa sunat Rejab kerana fadilatnya sangatlah besar. Aku pun dah planning nak puasa. Maksimum berapa hari tu tak tau lagi. Pada kaum wanita tu yang belum ganti puasa ramadhan tu eloklah berpuasa pada bulan rejab nie dengan niat puasa ganti, sebab dengan niat puasa ganti nie pahala puasa Rejab akan kita dapat sekali.

Puasa pada 1 Rejab, Allah akan memberi keredhaan padanya.

Puasa pada 27 Rejab, akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.

Puasa 2 hari di bulan rejab akan mendapat kemuliaan disisi Allah.

Usahakanlah dapat 3 hari pertama Rejab kerana Allah akan memberi pahala berpuasa 900 tahun dan diselamatkan dari bahaya dunia dan siksa akhirat.

Barangsiapa berpuasa 5 hari di bulan Rejab akan, permintaannya akan dimakbulkan Allah.

Dan pada sesiapa yang mampu, ikhtiarkan untuk berpuasa selama 7 hari di bulan Rejab kerana fadilatnya Allah akan menutup kepadanya 7 pintu neraka jahanam untuknya dan dibuka 7 pintu syurga.

Dan sesiapa yang berpuasa 15 hari di bulan Rejab, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan segala kejahatannya dengan kebaikan.

Jadi sama-samalah kita menunaikan ibadah ini demi mendapat redha darinya Insyaallah...


 

RINI'S STORIES.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal