Friday, November 5

Adik Demam

Posted by Rini at 3:11 PM 0 comments
Hari ni dah 9 hari adik batuk2 n demam. Dah kasi ubat tapi nampaknya Dr tak agree dengan tindakan aku tu. Ubat just akan buat dia lebih sesak napas. Poor my baby. Cepat sembuh adik.

Anak ibu

Posted by Rini at 3:06 PM 0 comments






Friday, May 14

Muhammad Syukri bin Sulaiman - My Newborn Hero

Posted by Rini at 10:33 PM 0 comments






Thursday, April 1

Nama Baby

Posted by Rini at 8:55 PM 0 comments
Tengah cari nama yang sesuai untuk baby. Bila ajak bincang dengan hubby buat sakit hati je. Dia kata kalau gurl nak letak nama aku, kalau boy nak letak nama dia. Tak ke mendidih dengar. At last kang lambat daftar cam Nurin dulu. Dah kena fine. Tapi mmg dah ada nama dalam list.

Malam tadi aku dah terkena false contraction. Cuak jer. Ingat nak bersalin dah. Baby nak main gertak2 nie. Tapi mmg dah rasa budak kebawah sangat. Dia jer nak stay kat dalam lagi. Blom nak kuar. Saja suruh ibu dia keep waiting and waiting. Aku pun still boleh jalan2 lagi walaupun quite tired sebab darah aku rendah n perut yang dah besar. Tadi drive ke tesco sbb teringin nak makan cheesecake. Bila masuk mulut tu rasa nikmat sesangat. Tadi sempat konflik nak pilih yang mana. Durian ker New York. Beli New York tapi kat umah dah teragak yang durian lak. Aduss... Dah ler jauh nak gi sana. Tekak pun ngengada taknak yang kedai, nak yang Secret Recipe je. Poyo tul.

Nurin pun makin sayang kat adik dia. Selalu peluk2 perut aku n cium. Sian dia nanti kena tido bawah bila adik dia dah ada. Sekarang pun bapak dia dah kena tido bawah sebab dia nak tido dengan aku jer. Mana muat nak tido 3 orang. Dulu bolehla aku lom pegnen. Sekarang ni aku nak mengepak jer bila tido. Lagipun hubby takut kalau terkena perut aku. Thanx for being understanding yer awak... Love u..





Wednesday, March 31

Keep counting days..

Posted by Rini at 11:01 AM 0 comments
Tadi last gi check up rutin klinik sbb pasni dah kena tunggu hari jer. Hope everything gonna be alright.

Monday, March 29

Waiting..

Posted by Rini at 1:06 PM 0 comments
BILA LA ADIK NAK KUAR NIE..
TAK SABAR DAH IBU..

Wednesday, March 24

Posted by Rini at 11:07 AM 0 comments
Malam nie ada habib dari Yaman datang Sg.Udang. Tak larat tak larat pun gi ler jugak bawak Nurin. Karang dah bersalin dah tak dan. Harap2 dapat barokah untuk baby jugak.

Friday, March 5

35 weeks already!!

Posted by Rini at 9:23 AM 0 comments
Hari ni dah 35 minggu. Tinggal 5 minggu jer lagi. Excited tunggu delivery day.
Tengah nak packing barang2 nak bawak gi spital.

Friday, February 26

Salam Maulidur Rasul

Posted by Rini at 4:08 PM 0 comments

Sunday, January 24

29 weeks

Posted by Rini at 10:19 AM 0 comments

Sedar tak sedar pregnancy aku dah 29 minggu. Dah masuk third trimester. This period of time tumbesaran baby akan semakin aktif. Time ni baby akan serap calcium dengan lebih rancak. Jadi aku yang tak minum susu ni semestinya baby akan serap calcium aku yang sedia ada. Dari tulang atau gigi kita. Nak wat camner takleh minum susu even susu soya. Mula la membuak nak muntah. Pil calcium lak doktor tak sarankan kita consume. Ada beli susu HL kotak besar hari tu, tu pun terkulat2 nak minum. Paksa gak telan. Pasni nak ingat nak gi supermarket beli HL lagi alternative untuk susu tepung yang aku takkan minum punya.

Hari tu masa check rutin bacaan Hb aku 10.9 jer. Quite not good. Sikit lagi nak tahap bahaya. Ni pun sebab aku tak consume iron yang klinik kasi. Jadi darah merah aku baby dah serap untuk badan dia. Sebab tu darah aku jadi cair. Preg kali nie quite problem sikit. Dengan gula naik, kena wat bsp sampai bersalin. Fuhh .. Nak anak punya pasal kena la redah semuanya. Harap2 dah besar nanti biarlah jadi anak yang soleh.

Hubby dah dekat 2 bulan shutdown. Takder cuti langsung. Nak makan pizza kena la tangguh dulu tekak nie sampai cukup bulan. Dah lama mengidam ni. Gantikan dengan KFC pun tak jalan, dia nak pizza gak. Bukan takleh gi sendiri dengan Nurin tapi tak best la. Dah biasa gi makan bertiga baru seronok. Tunggu la lagi seminggu. Yummy..

Wednesday, January 13

Gi Majlis Habib Umar Hafidz Kat Baitulqura'

Posted by Rini at 7:17 AM 0 comments
Semalam aku, nurin, mak n kak ipar sempat datang ke majlis bersama Habib Umar Hafidz kat Baitulqura' Sg. Udang. Kul 5.30ptg aku dah kuar umah sbb nak cari parking n taknak jammed bila sampai kat sana. Dah sampai sana lak tempat muslimat dia khaskan kat belakang. Aduii dalam hati aku cakap ni mesti takde chance jumpa dia dekat macam masa Habib Soleh datang dulu. Takper la yang penting dapat datang majlis dia pun Alhamdulillah.

Dapat sit lane ke-3. Sbb blom ramai yang datang. Kul 6.30 bacaan ratib al-haddad pun start. Aku lak lupa bawak buku ratib tu. Jadi ikut baca mana yang dah hafal jer la. Dah tu amik air sembahyang sebab nak solat maghrib dah. Tak baper lama Habib Umar pun sampai dari Johor diiringi beberapa orang lagi habib-habib kekasih Allah. Masih dapat tengok figure dia walaupun jauh sebab aku dapat lane yang kira depan gak. Dapat gak jumpa dia dalam hati aku cakap. Keturunan Rasulullah nie. Tengok muka dia jer dah dapat pahala. Rasa nyaman yang amat sangat semalam walaupun takde kipas. Semalam kira cipta rekod sebab ramai giler orang yang datang. Bas jer baper biji. Mana yang dari kl, jb, perak semua pakat mai datang. Melimpah sampai kat jalan2. Mujur aku dah sampai awal kalau tak alamatnya tengok kat skrin jer la.
Oleh sebab Habib Umar ni orang Arab jadi ceramahnya di translate oleh Habib Ali Muhammad dari Indonesia. Habib ni aku dah selalu jumpa sebab dia selalu datang Baitulqura'.
Sebelum ceramah ada bacaan marhaban. Marhaban best lak tu sebab ada bardah sekali. Naik la semangat sikit.

Pastu Habib Umar pun berceramah. Walaupun tak lama mana tapi best.
Kul 10.15 ceramah abis n MC dah siap warning takde sesi peluk atau musafahah sebab habib nak segera ke KLIA sebab flight ke Yaman kul 2am. Melaka kira penghabisan sesi jelajah dakwahnya kat Mesia nie.

Then sesi jamuan. Dapat makan nasi ujan panas dgn lauk daging. Daging fresh lak tu mana taknya selera. Kak ipar kata daging kambing 3 ekor, lembu 4 ekor, kerbau 3 ekor. Tapi tak dapat kambing maybe dia kasi kat orang2 Arab tu. Berselera la aku makan lagipun dah malam tak makan lagi. Baby pun dah tendang2. Siap dapat bawak balik lagi.

Then 5 minit kul 12 aku pun sampai umah. Hubby dah tunggu bukak pintu. Dia tak dapat datang sebab balik keje lewat. Cedokkan dia nasi panas2 tadi n luckily ada tulang daging lak. Dia pun sedap la melantak.



Nurin masa nak gi.


Ni time aku sampai. Org tak ramai lagi.






Sunday, January 10

Orang Yang Mencintai Kamu

Posted by Rini at 7:16 PM 0 comments
1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.

2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli, yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya, dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti "slmt pagi","slmt hari minggu","selamat malam" walaupun kamu tidak membalasnya.

6. Kalau di hari ulang tahunmu, kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga.

10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.

11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms "good luck" untuk memberikan semangat pada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.

15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.

18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia!

20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar "INBOX" nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.

21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain.Ya... dia tetap akan menunggumu.

Adakah org yg berada disi mu sekarang melakukannya dgn cara2 seperti di atas?Kalau ada,jgn mensia-siakan org tersebut..kamu akan menyesal melakukannya kerana ia hanya akan datang sekali seumur hidup...

Saturday, January 2

No Story

Posted by Rini at 5:28 PM 0 comments
Lagi 3 bulan jer nak bersalin. Hari2 kira hari. 14hb ni kena buat bsp. 18hb scan. Baby makin kuat menendang. Bonjol2 perut aku bila time tgh aktif tu. Yg tak syok tu morning sickness still ada lagi. Tiap pagi kena muntah pahit tu. Aduiii lemah bila pepagi.
Nurin lak makin banyak kerenah. Tadi baru kena belasah sebab datang ngada2 dia. Sibuk nak aiskrim la nak jajan la. Bila dah pujuk2 tak jalan darah aku pun naik la. Abis aku tale dia tadi. Dah takleh tahan. Nenek dia la tukang pujuk. Bila pandang dia balik sian pulak. Nak dapat adik ni makin banyak ragam..
Sori adik.. ibu pukul tadi..

Friday, January 1

Posted by Rini at 12:07 PM 0 comments
Selamat Tahun Baru!!
Tapi hubby keje jadi dok je la kat umah. Koman2 pun gi simpang je nanti bawak nurin.

Malam tadi ingat nak bangun kul 2a.m nak buat sembahyang sunat gerhana bulan. Tapi dah tertido lak. Mana taknya tunggu hubby balik keje jer dah kul 12malam. Nak tengok gerhana lak takut nak kuar tgh2 malam. Kang lain lak yang nampak, lagi2 aku tgh preggy nie.
 

RINI'S STORIES.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal