Friday, May 15

Begitu Istimewa Kaum Wanita

Posted by Rini at 7:29 PM 0 comments
Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah
lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur,
nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu,
ade pulak rice cooker
dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...susun pinggan kat rak,
lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk.
takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni
jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah
kosong....salin la gula...
check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok.
nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh
la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni,
besok je la basuh...sidai kain lap je lah... tik...bunyi air dah masak..
salin air dalam flusk...ok settle! ...

baru teringat tak sembahyang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi.
.nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang, towel.
.towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4
keping....alamak..telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle.
.

ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2
pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket
beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal
tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena
beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha
ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."
.yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."
masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi.
gosok! gigi...smayang...pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and m
aintain punya pasal lah ni...nanti orang kata baru anak satu dah macam anak
4 pulak...huhuhuhu...

bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check
baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang... la,
napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah.
ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju
gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok
settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik.
.owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram
jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun
tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku
..bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya..
sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pi! nggang...cium si comel ni kejap..
selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la
brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok
sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai
pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha,ni
dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok..
pg kul 9.30 ade meeting..ahh...boring...panas pulak lotion nih..dah la...emm
.sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,.
.mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah
ngantuk sangat in...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun
takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA
BUAT....tu yang tak boleh nak mati! cepat tu...


Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah...setiap wanita adalah istemewa
dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk
keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

HIDUP UNTUK KAUM HAWA !!!

Wednesday, May 13

Majlis Zikir Manaqib

Posted by Rini at 10:04 PM 0 comments





Al-Fadhil Kiai




Nurin baik jer pagi tadi.
Mak n anak buah.




Susah payah suruh smile, sengaja jer dia kelip mata nurin nie.

Pagi tadi aku, mak, nurin n anak buah telah pergi ke majlis zikir kat Kuala Linggi. Tahun ni laki aku tak dapat join sebab kejer. Kamera lak boleh tertinggal, padahal bateri dah caj tu. Dah sekerat jalan baru sedar kamera tak bawak. Tapi nasib handfon tak tinggal. Ulama' yang datang nie adalah Kiai dari pondok kat Jawa Timur. 16 & 17 ni Kiai ni ada kat KL n 19hb dah terbang ke Jawa semula. So aku kena grab la peluang2 macam nie sebab jarang orang2 alim n habib2 ni datang ke sini. Kiai ni cerita la kalau kat sana majlis2 macam nie ratusan ribu yang datang. Aku tengok tadi yang datang boleh dikira. Mungkin juga faktor keadaan, sebab kan hari bekerja. Aku yang tak kejer ni takkan la tak boleh pegi kan? Barokah tu yang aku cari. Dah lah aku ni daif n jahil jadi rajin2 kan la diri tu pegi majlis2 ilmu nie. Insyallah mustajab doa. Yang penting kena yakin. Part berdoa tu mencurah2 airmata aku. Takleh disekat lagi dah. Terasa diri nie banyak sangat dosa sebab selalu alpa padaNya.
Ya Allah kau ampunilah dosaku. Ya Allah kau lindungi lah aku dan keluargaku. Jadikanlah keluargaku keluarga yang sakinah dan mawardah. Amin....






Tuesday, May 12

Ntah Apa-Apa Ntah

Posted by Rini at 1:38 PM 0 comments
Juliana : “Abang Mie… Jom la datang rumah… saya rindu la.. lagipun suami saya pergi oversea tadi..”

Helmi : “baiklah malam esok abang pergi tau… nanti pandai la abang tipu isteri abang tu..”

Juliana : “Oh ya.. sebelum datang esok.. abang cukur misai kasi licin dulu ye.. abang tahukan saya suka lelaki yg baby-face.”

Helmi : “Alamak… yang ni susah sikit.. isteri abang suka abang simpan misai ni nanti dia marah plak”

Juliana : “Alaaa… abang ni nak jumpa saya ke tak nie?”

Helmi : “oklah.. oklah.. Ana punya pasal.. apa saja abang sanggup”

Keesokan paginya, semasa Helmi hendak keluar untuk ke pejabat dia telah memesan kepada isterinya yang dia pulang lewat malam ini
kerana ada mesyuarat penting… dan di pejabatnya.. Helmi telah
mencukur misainya sampai licin..

Jam 4 pagi ketika Helmi balik ke rumahnya… isterinya sudah tidur… Dengan perlahan Helmi salin baju dan naik ke tempat tidur…tiba-tiba isterinya tersedar lalu meraba-raba wajah Helmi yang licin itu dalam kegelapan… dan berkata… “Kenapa kau tak balik lagi Jalil… kejap lagi suami akak balik…!!”

Monday, May 11

Hari Ibu and Jalan-Jalan Melaka

Posted by Rini at 11:39 AM 0 comments
Semalam pepagi masak mee rebus sebab kan hari ibu kan. Aku masak dgn mak mentua. Masak banyak jugakla sebab selalu ujung minggu ipar2 n anak buah datang sini. Dah masak mee rebus tu terus masak lauk sekali. Ayam masak kari jer.
Petang dalam kul 4 baru la kuar gi jalan2 Melaka. Pegi tengok2 Eye on Mesia. Ingat nak naik la. Sekali tengok tiket dia RM20. Adus mahal sangat. Tak jadi la naik. Membazir rasanya kalau aku naik. Kalu 2 orang dah RM40. Cakap dgn husband takyah naik la. Sayang jer duit. Amik gambar jer dah la. Hehe..








Pastu bawak Nurin gi Tesco, bukannya nak beli barang pun. Semata-mata dia nak naik 'kuda' dia. Nurin ni paling ingat tempat shopping. Dari jauh lagi dia dah tau. Kira wajib la kalu gi Tesco ker, MP ker, Mydin ker dia mesti kena naik 'kuda' dia tu. Walau kita ikut jalan lain pun dia dapat cam.




Pastu laki aku ajak makan. Aku kenyang lagi sebab baru makan kat umah. Kitorang order nan roti n kima kambing. Kedai ni memang top kat Melaka. Semalam tak order ayam tandoori. Nak try rasa kima lak. Tapi dah makan-makan lupa lak nak snap gambar. Gambar ni adala... Hehe.. Tengah lapar tunggu order sampai.


Pastu gi Jusco, sesajer pusing-pusing, window shoping. Orang pun tak ramai sangat semalam kat Melaka. Tak tau la mana orang pegi. Jusco pun takde orang sangat. Nurin dah dapat keter trolley dia seronok la dia. Kejap nak turun, kejap nak naik. Pening kepala bapak dia.
Dah pusing-pusing Jusco n beli barang sikit, kitorang terus balik. Laki aku ajak makan bakso tapi malas la nak makan lagi. Nurin pun dah tido. Sampai umah kul 11 malam. Tukar baju terus tido............



Snap gambar pokok nie. Cantik lampu dia.

















 

RINI'S STORIES.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal