Sunday, December 27

Resepi Apam Tapai Nasi Eno

Posted by Rini at 10:33 AM



Dah sekian lama nak buat kuih apam ni tak jadi2 sebab ragi takder. Lagipun aku memang tak sihat nak masak2 nie. Bila kuar tak teringat nak beli ragi. Bila dah beli hari tu terus masamkan nasi n dua hari lepas aku pun memulakan operasi. Resepi ni di cilok dari jiran yang memang jual kuih ni. Lama gak nak dapat resepi nie. Tah cemaner dia leh kasi lak. Tapi rugi sesangat sebab aku kena selsema yang agak kronik yang mematikan deria rasa. Fuhhh makan semata lalu jer kat tekak tapi tak terasa.


Ni resepinya:

Untuk dijadikan ibu;
Sekeping ragi dihancurkan
8 cawan nasi sejuk
Gaul ratakan nasi n ragi dan peramkan dalam 2 malam.
Dah jadi tapai, pastu blender tapai ni jangan letak air.

6 cawan tepung beras
4 cawan air
2 cawan gula pasir
2 cawan ibu tapai yang dah di blend tadi
2 peket Eno warna biru.

Cara buat;

Dalam bekas campurkan tepung beras, air, gula dan ibu tapai. Kacau sebati.
Rehatkan selama 2-3 jam.
Lepas tu letak eno 2 peket. Kacaukan.

Panaskan kukusan dan bolehlah terus dikukus sampai masak. Dalam 10 minit sampai dia merekah. Jaga smpai air kukusan tu menitik kat atas kuih. Kalau boleh alas dengan tea towel kat penutup tu.

Gaul dengan kelapa yang dah dicampur dengan sedikit garam.

p/s
ibu tapai yang balance boleh simpan dalam ice box.








0 comments on "Resepi Apam Tapai Nasi Eno"

Post a Comment

 

RINI'S STORIES.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal