Friday, April 24

Penawar Sakit Gigi

Posted by Rini at 3:53 PM




Sekadar nak kongsi pengalaman and nak share ilmu yang ada pasal sakit gigi ni.

Sakit gigi memang la azab. Kalau la boleh, gigi tu rasa nak dicabut2 biar hilang rasa sakit tu. Aku masa tumbuh geraham bungsu memang tak boleh di gambarkan siksa menanggung bisa sakit. Sakit berhari2 then ok. Ubat sakit gigi dah baper banyak aku telan. Sampai tahap kuar air mata la. Gi jumpa doktor gigi. Doktor kata selagi tak dibuang gigi ni rasa sakit tu akan datang. Mungkin sebulan, 3 bulan, 6 bulan atau setahun sekali. Memang betul pun. Dah 3 kali rasa sakit ni datang. Dalam selang 2 ke 3 bulan gak la. Aku pun buat appointment nak operate gigi nie.

Dah tiba masa operate tu gigi ni tak sakit lak. Sayang lak nak cabut. Seram pun ada sebab geraham bungsu ni nak cabut kena buat operation. Doktor kata gusi kita tu dia akan potong sikit. Kecut perut aku dengar. Nasib la klinik kerajaan ni kena ada appointment, kalau tak dah hilang gigi aku sebatang. Apa yang aku amalkan untuk buat gigi kita sentiasa sihat dan kuat? Dan yang penting sakit gigi tu tak datang lagi?


Bila kita bersin, kita akan ucap alhamdulillah kan? Apa kata lepas ni bila bersin baca alhamdulillahirabbil a'lamin, di teruskan sehingga akhir surah Al-Fatihah. Sampai waladdhollin.. Pastu lalukan lidah kita ke serata gigi. Amalkan, kita akan terpelihara dari sakit gigi dan gusi. Dan buktinya memang sakit gigi aku dah tak penah 'menyerang' lagi. Dah setahun lebih aku amalkan. Alhamdulillah.

0 comments on "Penawar Sakit Gigi"

Post a Comment

 

RINI'S STORIES.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal