Monday, April 20

Jalan-jalan Town

Posted by Rini at 12:29 PM


Aku takder planning gi mana-mana pun semalam. Tapi husband ajak gi town, hmm ape lagi cepat jer la aku. Dah nak sampai bandar tu tetiba husband ajak gi tengok MPV Proton baru, Exora. Aku ckp ok la, jom. First impression tengok keter tu, hmm boleh tahan, cantik gak design dia. Sit belakang dia pun orang besar boleh duduk tak macam Citra. Tapi slack kat sit driver dia kecik pulak. Keter kebal aku pun lagi selesa sit dari Exora nie. Tapi ada luck ar semalam salesman tu bukak mulut suruh test drive. Laki aku on jer la. Memang nak try bawak pun. Selesa memang selesa, tapi teknologi auto dia still ketinggalan lagi. Lambat masuk gear pastu berbunyi lak tu. Minyak mesti kuat makan nie. Nak pancung pun slow, dari D ke 3 tak rasa. Mungkin tu jer la masalah keter nie. Tapi tak tau la yang lain. Nak beli pun belum boleh lagi. Harga still mahal. Ape problem yang akan muncul pun tak tau lagi. Tunggu la owner2 dia bagi komen dulu. Singgah makan kat kedai nasi padang. Harga ok tapi taste dia lak weak. Kurang garam. Dah lama tak pekena nasi padang, teringin lak tu yang gi makan tu. Pastu aku gi Mahkota Parade ada PC Fair. Sesak.. Nurin lak taknak dukung. Tangkap headfon yang cun satu, RM39. Kat kedai harga RM70. Power ar sound dia. Belikan Nurin McD. Abis dia makan DoubleCheese. Lapar ar tu kat kedai nasi tadi taknak makan.

0 comments on "Jalan-jalan Town"

Post a Comment

 

RINI'S STORIES.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal