Wednesday, January 13

Gi Majlis Habib Umar Hafidz Kat Baitulqura'

Posted by Rini at 7:17 AM
Semalam aku, nurin, mak n kak ipar sempat datang ke majlis bersama Habib Umar Hafidz kat Baitulqura' Sg. Udang. Kul 5.30ptg aku dah kuar umah sbb nak cari parking n taknak jammed bila sampai kat sana. Dah sampai sana lak tempat muslimat dia khaskan kat belakang. Aduii dalam hati aku cakap ni mesti takde chance jumpa dia dekat macam masa Habib Soleh datang dulu. Takper la yang penting dapat datang majlis dia pun Alhamdulillah.

Dapat sit lane ke-3. Sbb blom ramai yang datang. Kul 6.30 bacaan ratib al-haddad pun start. Aku lak lupa bawak buku ratib tu. Jadi ikut baca mana yang dah hafal jer la. Dah tu amik air sembahyang sebab nak solat maghrib dah. Tak baper lama Habib Umar pun sampai dari Johor diiringi beberapa orang lagi habib-habib kekasih Allah. Masih dapat tengok figure dia walaupun jauh sebab aku dapat lane yang kira depan gak. Dapat gak jumpa dia dalam hati aku cakap. Keturunan Rasulullah nie. Tengok muka dia jer dah dapat pahala. Rasa nyaman yang amat sangat semalam walaupun takde kipas. Semalam kira cipta rekod sebab ramai giler orang yang datang. Bas jer baper biji. Mana yang dari kl, jb, perak semua pakat mai datang. Melimpah sampai kat jalan2. Mujur aku dah sampai awal kalau tak alamatnya tengok kat skrin jer la.
Oleh sebab Habib Umar ni orang Arab jadi ceramahnya di translate oleh Habib Ali Muhammad dari Indonesia. Habib ni aku dah selalu jumpa sebab dia selalu datang Baitulqura'.
Sebelum ceramah ada bacaan marhaban. Marhaban best lak tu sebab ada bardah sekali. Naik la semangat sikit.

Pastu Habib Umar pun berceramah. Walaupun tak lama mana tapi best.
Kul 10.15 ceramah abis n MC dah siap warning takde sesi peluk atau musafahah sebab habib nak segera ke KLIA sebab flight ke Yaman kul 2am. Melaka kira penghabisan sesi jelajah dakwahnya kat Mesia nie.

Then sesi jamuan. Dapat makan nasi ujan panas dgn lauk daging. Daging fresh lak tu mana taknya selera. Kak ipar kata daging kambing 3 ekor, lembu 4 ekor, kerbau 3 ekor. Tapi tak dapat kambing maybe dia kasi kat orang2 Arab tu. Berselera la aku makan lagipun dah malam tak makan lagi. Baby pun dah tendang2. Siap dapat bawak balik lagi.

Then 5 minit kul 12 aku pun sampai umah. Hubby dah tunggu bukak pintu. Dia tak dapat datang sebab balik keje lewat. Cedokkan dia nasi panas2 tadi n luckily ada tulang daging lak. Dia pun sedap la melantak.



Nurin masa nak gi.


Ni time aku sampai. Org tak ramai lagi.






0 comments on "Gi Majlis Habib Umar Hafidz Kat Baitulqura'"

Post a Comment

 

RINI'S STORIES.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal