Monday, June 22

Rejab Tiba Lagi...

Posted by Rini at 6:04 PM
Rabu nie bulan Rejab tiba. Tinggal 2 bulan jer nak masuk bulan puasa. Pada sesiapa yang mampu tu sama-samalah kita berpuasa sunat Rejab kerana fadilatnya sangatlah besar. Aku pun dah planning nak puasa. Maksimum berapa hari tu tak tau lagi. Pada kaum wanita tu yang belum ganti puasa ramadhan tu eloklah berpuasa pada bulan rejab nie dengan niat puasa ganti, sebab dengan niat puasa ganti nie pahala puasa Rejab akan kita dapat sekali.

Puasa pada 1 Rejab, Allah akan memberi keredhaan padanya.

Puasa pada 27 Rejab, akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.

Puasa 2 hari di bulan rejab akan mendapat kemuliaan disisi Allah.

Usahakanlah dapat 3 hari pertama Rejab kerana Allah akan memberi pahala berpuasa 900 tahun dan diselamatkan dari bahaya dunia dan siksa akhirat.

Barangsiapa berpuasa 5 hari di bulan Rejab akan, permintaannya akan dimakbulkan Allah.

Dan pada sesiapa yang mampu, ikhtiarkan untuk berpuasa selama 7 hari di bulan Rejab kerana fadilatnya Allah akan menutup kepadanya 7 pintu neraka jahanam untuknya dan dibuka 7 pintu syurga.

Dan sesiapa yang berpuasa 15 hari di bulan Rejab, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan segala kejahatannya dengan kebaikan.

Jadi sama-samalah kita menunaikan ibadah ini demi mendapat redha darinya Insyaallah...


0 comments on "Rejab Tiba Lagi..."

Post a Comment

 

RINI'S STORIES.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal