Sunday, August 16

Ahad Yang Tak Mengghairahkan

Posted by Rini at 11:35 AM


Sejak aku start morning sickness nie, badan aku dah jadi lesu. Nak baring jer. Tapi tido takleh lak. Sampai sakit2 badan nie. Macam nie lah aku tiap2 mengandung. Jadi buruk tikar. Bukan disengajakan tapi aku memang tak sihat. Aku ingat dah tak kena lagi sebab ni yang dah ketiga kali aku pregnant. Tapi nampak gayanya aku kena hadap jugak la fasa 'mabuk2' nie. Satu masa yang sangat aku tak gemar n maybe ibu2 lain jugak. Mana taknya aku tiap hari muntah. Tak boleh bau2. Boleh kata semua bau yang menusuk hidung nie aku akan loya. Ditambah lagi aku ada gastrik. Sesetengah ibu2 kena morning sickness ni 3 bulan jer. Tapi aku lak dah 2 kali mengandung sampai bersalin aku muntah2. Bahagian masing2 la kan.

Sekarang nie aku dah 6minggu mengandung. Lama lagi nak tempuh nie. Check up pun tak buat lagi. Cuma beli obimin jer kat farmasi. Pil yang sangat la besar. Bercinta aku nak telan. Obimin nie senang, satu pil dah ada semua vitamin. Sebab tu dia besar. Aku mula makan masa 4minggu pregnant, dat mean lepas aku tak datang bulan jer aku dah gi beli. Sebab aku nie jenis kena period tetap. Jadi bila dah tak datang tu sah2 lah aku pregnant. Hubby cakap takyah beli testkit sebab dia kata aku dah memang mengandung pun. Hehe..

Nurin lak makin meragam sejak aku pregnant nie. Orang kata memang macam tu. Aku hangin gak kekadang nak layan kerenah dia. Tapi kena selalu cool la kan. Dia selalu cium perut aku sebab aku kata ada baby dalam perut ibu. Mesti dia suka gila bila dapat adik nanti.

Well since sekarang swine flu nie semakin menjadi2 aku jadi taknak keluar umah. Tapi keluar gak sebab nak beli barang. Tengok orang lain masing2 pakai mask so aku yang takder mask nie rasa macam teruk sangat dah ker penyakit nie. Sampai aku naik takut lak sebab tak pakai mask.

Petang nie hubby ajak keluar. Tapi aku rasa aku tak nak. Badan nie tak sihat la nak jenjalan. Sian dia. Tapi tengokla camner. Kalau ok aku kuar la jugak.

0 comments on "Ahad Yang Tak Mengghairahkan"

Post a Comment

 

RINI'S STORIES.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal