Tengah nak packing barang2 nak bawak gi spital.
Friday, March 5
Friday, February 26
Sunday, January 24
29 weeks

Sedar tak sedar pregnancy aku dah 29 minggu. Dah masuk third trimester. This period of time tumbesaran baby akan semakin aktif. Time ni baby akan serap calcium dengan lebih rancak. Jadi aku yang tak minum susu ni semestinya baby akan serap calcium aku yang sedia ada. Dari tulang atau gigi kita. Nak wat camner takleh minum susu even susu soya. Mula la membuak nak muntah. Pil calcium lak doktor tak sarankan kita consume. Ada beli susu HL kotak besar hari tu, tu pun terkulat2 nak minum. Paksa gak telan. Pasni nak ingat nak gi supermarket beli HL lagi alternative untuk susu tepung yang aku takkan minum punya.
Hari tu masa check rutin bacaan Hb aku 10.9 jer. Quite not good. Sikit lagi nak tahap bahaya. Ni pun sebab aku tak consume iron yang klinik kasi. Jadi darah merah aku baby dah serap untuk badan dia. Sebab tu darah aku jadi cair. Preg kali nie quite problem sikit. Dengan gula naik, kena wat bsp sampai bersalin. Fuhh .. Nak anak punya pasal kena la redah semuanya. Harap2 dah besar nanti biarlah jadi anak yang soleh.
Hubby dah dekat 2 bulan shutdown. Takder cuti langsung. Nak makan pizza kena la tangguh dulu tekak nie sampai cukup bulan. Dah lama mengidam ni. Gantikan dengan KFC pun tak jalan, dia nak pizza gak. Bukan takleh gi sendiri dengan Nurin tapi tak best la. Dah biasa gi makan bertiga baru seronok. Tunggu la lagi seminggu. Yummy..
Wednesday, January 13
Gi Majlis Habib Umar Hafidz Kat Baitulqura'
Semalam aku, nurin, mak n kak ipar sempat datang ke majlis bersama Habib Umar Hafidz kat Baitulqura' Sg. Udang. Kul 5.30ptg aku dah kuar umah sbb nak cari parking n taknak jammed bila sampai kat sana. Dah sampai sana lak tempat muslimat dia khaskan kat belakang. Aduii dalam hati aku cakap ni mesti takde chance jumpa dia dekat macam masa Habib Soleh datang dulu. Takper la yang penting dapat datang majlis dia pun Alhamdulillah.

Nurin masa nak gi.
Dapat sit lane ke-3. Sbb blom ramai yang datang. Kul 6.30 bacaan ratib al-haddad pun start. Aku lak lupa bawak buku ratib tu. Jadi ikut baca mana yang dah hafal jer la. Dah tu amik air sembahyang sebab nak solat maghrib dah. Tak baper lama Habib Umar pun sampai dari Johor diiringi beberapa orang lagi habib-habib kekasih Allah. Masih dapat tengok figure dia walaupun jauh sebab aku dapat lane yang kira depan gak. Dapat gak jumpa dia dalam hati aku cakap. Keturunan Rasulullah nie. Tengok muka dia jer dah dapat pahala. Rasa nyaman yang amat sangat semalam walaupun takde kipas. Semalam kira cipta rekod sebab ramai giler orang yang datang. Bas jer baper biji. Mana yang dari kl, jb, perak semua pakat mai datang. Melimpah sampai kat jalan2. Mujur aku dah sampai awal kalau tak alamatnya tengok kat skrin jer la.
Oleh sebab Habib Umar ni orang Arab jadi ceramahnya di translate oleh Habib Ali Muhammad dari Indonesia. Habib ni aku dah selalu jumpa sebab dia selalu datang Baitulqura'.
Sebelum ceramah ada bacaan marhaban. Marhaban best lak tu sebab ada bardah sekali. Naik la semangat sikit.
Pastu Habib Umar pun berceramah. Walaupun tak lama mana tapi best.
Kul 10.15 ceramah abis n MC dah siap warning takde sesi peluk atau musafahah sebab habib nak segera ke KLIA sebab flight ke Yaman kul 2am. Melaka kira penghabisan sesi jelajah dakwahnya kat Mesia nie.
Then sesi jamuan. Dapat makan nasi ujan panas dgn lauk daging. Daging fresh lak tu mana taknya selera. Kak ipar kata daging kambing 3 ekor, lembu 4 ekor, kerbau 3 ekor. Tapi tak dapat kambing maybe dia kasi kat orang2 Arab tu. Berselera la aku makan lagipun dah malam tak makan lagi. Baby pun dah tendang2. Siap dapat bawak balik lagi.
Then 5 minit kul 12 aku pun sampai umah. Hubby dah tunggu bukak pintu. Dia tak dapat datang sebab balik keje lewat. Cedokkan dia nasi panas2 tadi n luckily ada tulang daging lak. Dia pun sedap la melantak.
Nurin masa nak gi.
Sunday, January 10
Orang Yang Mencintai Kamu
1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.
2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli, yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.
3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya, dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.
4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.
5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti "slmt pagi","slmt hari minggu","selamat malam" walaupun kamu tidak membalasnya.
6. Kalau di hari ulang tahunmu, kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.
7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.
8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.
9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga.
10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.
11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms "good luck" untuk memberikan semangat pada kamu.
12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.
13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.
14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.
15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.
16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.
18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi.
19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia!
20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar "INBOX" nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.
21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya.
22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain.Ya... dia tetap akan menunggumu.
Adakah org yg berada disi mu sekarang melakukannya dgn cara2 seperti di atas?Kalau ada,jgn mensia-siakan org tersebut..kamu akan menyesal melakukannya kerana ia hanya akan datang sekali seumur hidup...
Saturday, January 2
No Story
Lagi 3 bulan jer nak bersalin. Hari2 kira hari. 14hb ni kena buat bsp. 18hb scan. Baby makin kuat menendang. Bonjol2 perut aku bila time tgh aktif tu. Yg tak syok tu morning sickness still ada lagi. Tiap pagi kena muntah pahit tu. Aduiii lemah bila pepagi.
Nurin lak makin banyak kerenah. Tadi baru kena belasah sebab datang ngada2 dia. Sibuk nak aiskrim la nak jajan la. Bila dah pujuk2 tak jalan darah aku pun naik la. Abis aku tale dia tadi. Dah takleh tahan. Nenek dia la tukang pujuk. Bila pandang dia balik sian pulak. Nak dapat adik ni makin banyak ragam..
Sori adik.. ibu pukul tadi..
Friday, January 1
Selamat Tahun Baru!!
Tapi hubby keje jadi dok je la kat umah. Koman2 pun gi simpang je nanti bawak nurin.
Malam tadi ingat nak bangun kul 2a.m nak buat sembahyang sunat gerhana bulan. Tapi dah tertido lak. Mana taknya tunggu hubby balik keje jer dah kul 12malam. Nak tengok gerhana lak takut nak kuar tgh2 malam. Kang lain lak yang nampak, lagi2 aku tgh preggy nie.
Sunday, December 27
Resepi Apam Tapai Nasi Eno
Dah sekian lama nak buat kuih apam ni tak jadi2 sebab ragi takder. Lagipun aku memang tak sihat nak masak2 nie. Bila kuar tak teringat nak beli ragi. Bila dah beli hari tu terus masamkan nasi n dua hari lepas aku pun memulakan operasi. Resepi ni di cilok dari jiran yang memang jual kuih ni. Lama gak nak dapat resepi nie. Tah cemaner dia leh kasi lak. Tapi rugi sesangat sebab aku kena selsema yang agak kronik yang mematikan deria rasa. Fuhhh makan semata lalu jer kat tekak tapi tak terasa.
Ni resepinya:
Untuk dijadikan ibu;
Sekeping ragi dihancurkan
8 cawan nasi sejuk
Gaul ratakan nasi n ragi dan peramkan dalam 2 malam.
Dah jadi tapai, pastu blender tapai ni jangan letak air.
6 cawan tepung beras
4 cawan air
2 cawan gula pasir
2 cawan ibu tapai yang dah di blend tadi
2 peket Eno warna biru.
Cara buat;
Dalam bekas campurkan tepung beras, air, gula dan ibu tapai. Kacau sebati.
Rehatkan selama 2-3 jam.
Lepas tu letak eno 2 peket. Kacaukan.
Panaskan kukusan dan bolehlah terus dikukus sampai masak. Dalam 10 minit sampai dia merekah. Jaga smpai air kukusan tu menitik kat atas kuih. Kalau boleh alas dengan tea towel kat penutup tu.
Gaul dengan kelapa yang dah dicampur dengan sedikit garam.
p/s
ibu tapai yang balance boleh simpan dalam ice box.
Tuesday, December 8
Still The Same
Y.E.S
Year End Sale. Seronotnya ujung tahun nie. Ada sale. Tapi aku tak gi mana2 shopping complex lagi pun. Husbandnya projek dah tamat so tanam anggur jer kat umah. Adoii boring tul bila takde sen nie. Luckily aku pun mmg tgh tak macam masa sihat dulu yang tiap minggu mesti nak ajak husband gi bandar. So takde la terasa sangat bila tak kuar jalan tu. Baper hari lagi husband akan join shutdown lbih kurang 2 bulan. Hmm sian dia mesti pnat gila kejer nnti. Apapun aku akan tagih sen dari dia sebab nak beli barang2 baby nie. ( Awak, ingat janji awak nak kasi saya berapa?? Hehehe...)
Next week kena gi klinik sbb nak kena buat blood sugar profile. Harap2 ok la bacaan gula time nie. Kencing pun jangan la kotor lagi. Doktor suruh minum banyak air tapi aku lak takleh nak minum. Paksa gak minum sampai naik kembung perut nie. Sabar Rini, lagi 4 bulan jer nak harung. Dugaan semua nie.
Year End Sale. Seronotnya ujung tahun nie. Ada sale. Tapi aku tak gi mana2 shopping complex lagi pun. Husbandnya projek dah tamat so tanam anggur jer kat umah. Adoii boring tul bila takde sen nie. Luckily aku pun mmg tgh tak macam masa sihat dulu yang tiap minggu mesti nak ajak husband gi bandar. So takde la terasa sangat bila tak kuar jalan tu. Baper hari lagi husband akan join shutdown lbih kurang 2 bulan. Hmm sian dia mesti pnat gila kejer nnti. Apapun aku akan tagih sen dari dia sebab nak beli barang2 baby nie. ( Awak, ingat janji awak nak kasi saya berapa?? Hehehe...)
Next week kena gi klinik sbb nak kena buat blood sugar profile. Harap2 ok la bacaan gula time nie. Kencing pun jangan la kotor lagi. Doktor suruh minum banyak air tapi aku lak takleh nak minum. Paksa gak minum sampai naik kembung perut nie. Sabar Rini, lagi 4 bulan jer nak harung. Dugaan semua nie.
Monday, December 7
Wah dah berapa bulan aku tak posting kat blog aku nih. Aku masih takde mood nak nulis. Kandungan aku dah menjangkau 5 bulan. Dah rasa baby tendang2 walaupun tak berapa kuat lagi. Morning sickness dah kurang tapi masih tak abis totally. Masih gak muntah tiap pagi n bila perut masuk angin. Jenuh lah nak makan jer. Tapi paksa gak la makan walaupun aku taknak makan sebenarnya. Tiap2 2 jam mesti kena makan. Kalau tak ngadap la angin mencucuk. Pastu kalau boleh makan biskut ok gak, ini tak biskut lak macam perut nie reject. So makan la nasi walaupun sikit.
Saturday, September 26
Dah Seminggu Raya
Hari nie dah seminggu raya. Aku tak dapat update blog sebab menyampah nak tengok laptop. Tak suka tengok skrin pc nie apalagi nak menaip. Raya pun tak berjalan sangat sebab masih mabuk lagi. Makan2 nak muntah. Heartburn still ada lagi. Nasib la dapat gak tolong buat rendang, serunding and kek masa nak raya. Raya pertama rasa badan ok. Takde muntah. Start raya kedua lak datang balik mabuk nie sampai la sekarang. Tension tul la.
Gambar raya lak semua snap guna camera. Jadi takleh terus bluetooth ke pc. Naper la lupa nak amik guna handset.

nurin dengan danish
Gambar raya lak semua snap guna camera. Jadi takleh terus bluetooth ke pc. Naper la lupa nak amik guna handset.
nurin dengan danish
Sunday, September 6
Morning Sickness
Kandungan aku dah 9 mingggu. Aku masih lagi dalam fasa mabuk. Kronik yang amat sampai satu apa pun takleh makan. Obimin pun akan ditendang semula. Muntah sepanjang masa. Aku jadi tak larat yang amat. Aku kena heartburn yang teruk sangat. Apa2 bau pun tak boleh. Letih........
Tuesday, August 18
Sunday, August 16
Ahad Yang Tak Mengghairahkan

Sejak aku start morning sickness nie, badan aku dah jadi lesu. Nak baring jer. Tapi tido takleh lak. Sampai sakit2 badan nie. Macam nie lah aku tiap2 mengandung. Jadi buruk tikar. Bukan disengajakan tapi aku memang tak sihat. Aku ingat dah tak kena lagi sebab ni yang dah ketiga kali aku pregnant. Tapi nampak gayanya aku kena hadap jugak la fasa 'mabuk2' nie. Satu masa yang sangat aku tak gemar n maybe ibu2 lain jugak. Mana taknya aku tiap hari muntah. Tak boleh bau2. Boleh kata semua bau yang menusuk hidung nie aku akan loya. Ditambah lagi aku ada gastrik. Sesetengah ibu2 kena morning sickness ni 3 bulan jer. Tapi aku lak dah 2 kali mengandung sampai bersalin aku muntah2. Bahagian masing2 la kan.
Sekarang nie aku dah 6minggu mengandung. Lama lagi nak tempuh nie. Check up pun tak buat lagi. Cuma beli obimin jer kat farmasi. Pil yang sangat la besar. Bercinta aku nak telan. Obimin nie senang, satu pil dah ada semua vitamin. Sebab tu dia besar. Aku mula makan masa 4minggu pregnant, dat mean lepas aku tak datang bulan jer aku dah gi beli. Sebab aku nie jenis kena period tetap. Jadi bila dah tak datang tu sah2 lah aku pregnant. Hubby cakap takyah beli testkit sebab dia kata aku dah memang mengandung pun. Hehe..
Nurin lak makin meragam sejak aku pregnant nie. Orang kata memang macam tu. Aku hangin gak kekadang nak layan kerenah dia. Tapi kena selalu cool la kan. Dia selalu cium perut aku sebab aku kata ada baby dalam perut ibu. Mesti dia suka gila bila dapat adik nanti.
Well since sekarang swine flu nie semakin menjadi2 aku jadi taknak keluar umah. Tapi keluar gak sebab nak beli barang. Tengok orang lain masing2 pakai mask so aku yang takder mask nie rasa macam teruk sangat dah ker penyakit nie. Sampai aku naik takut lak sebab tak pakai mask.
Petang nie hubby ajak keluar. Tapi aku rasa aku tak nak. Badan nie tak sihat la nak jenjalan. Sian dia. Tapi tengokla camner. Kalau ok aku kuar la jugak.
Monday, July 27
Saturday, July 25
Buat test ni tadi.. pass kira ok la.. tapi bukan a safe driver as well.. hehe

Created by The Car Connection
Wednesday, July 22
RC Car Hubby Aku
Akhirnya hubby aku dapat gak beli RC car dia walaupun mendapat tentangan yang sungguh hebat dari 'aku'.. Maksudnya aku tak kasi beli laa. Dia beli dari orang brunei. Tu pun dah RM950. Baru chasis jer. Belom masuk masuk esc, batery, charger, remote, servo n tahapeape lagi. Tah baper ribu lagi nak standby taktau la aku. Survey dia nya remote, harga dia dah ratus2. Remote je tu. Adoii.. Sakit kepala n hati nie pasal harga dia. Biar je la. Tengah shipping nie lom sampai lagi. Anyway aku pun boleh tumpang sekaki gak masa main keter cntrol ni nanti. Laju woo! syok jer tengok orang main kat track.
Brand Tamiya TRF 416 World Edition. Limited edition nie.
Brand Tamiya TRF 416 World Edition. Limited edition nie.
Subscribe to:
Posts (Atom)



.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
