Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Sunday, June 28

Bawak Nurin Jalan

Posted by Rini at 10:50 PM 0 comments
Hari nie husband cuti, takde OT macam minggu sudah. So aku pun ajak dia gi bandar bawak Nurin jenjalan. Lepas sarapan kat umah, (sarapan mee goreng basah yang di masak oleh kak ipar, sakit perut aku makan, tau2 je la mee kuning) terus kuar.

Melaka nie, mana nak jalan lagi, pi mai pi mai tang tu la jugak. MP, Jusco, Tesco, Mydin, Giant. Tapi selalunya hubby prefer gi MP. Window shopping je la. Ujung bulan katakan. Tapi yang keje gomen dah semestinya senyum la. Gaji kuar awal. Macam aku nie, gaji hubby lewat. Janji dapat gi jalan2 n makan luar kira ok la.


Snap jap. hehe..

Then terus gi MP. Pusing2 sementara nak tunggu perut kembali lapar. Gi Parkson, hubby nak survey2 baju n seluar. Dia berkenan kat satu seluar Bonia nie. Aku tengok material dia memang best giler. Bila belek tag dia, RM169 fix price. Aduss mahalnya. Ni second time dia belek seluar nie. Last two week pun dah tengok. Then aku cakap la kalau nak beli, beli la. Tunggu gaji nnti tangkap je satu. Banyak brand2 lain yang ada offer, yang tu gak dia nak. Aku ikutkan je la. Penat dia bekerja kan. Biar la dia beli, tak penah lagi dia beli seluar mahal. Selalu yang biasa2 je. Kes mengidam ler ni. Yang mahal aku ingat brand Hush Puppies. Tu pun around RM100. Seluar slack la. Kalau jeans tu lain citer memang hundred something. Tapi hubby dah tak minat pakai jeans. Jeans semua dah sedekah.









Budak yang tak reti dok diam, tengok la dia dok kat mana...






Nurin kat shopping, camni la dia. Penat nak kejar dia. Semua dia nak raba.

Dah jalan2 perut pun lapar. Planning dari umah nak makan pizza. Tengok2 restoran dia pack. Then decide untuk gi pizza hut kat Giant. Sebab selalunya Giant ni tak bz sangat.


Nurin tgh pilih menu. Ye ye oo jer..


Order stuff crust super supreme meal seat, dengan carbonara meat ball.



Nurin dah bedal garlic bread dulu.



Aku yang cun.. muakaka..





Kerana dah kekenyangan tahap gaban, kitorang pun surrender n blah. Kena bil Rm50. Cek2 balik bil ada wrong key in. Kira2 bil kat luar duit kitorang terlebih bayar RM5. Hubby cakap biar kan je lah. Then aku tak claim la. Terus move out. Malas nak gi mana2 dah, terus je la pulang ke rumah.
Selesai.......

Thursday, June 11

Jalan-Jalan

Posted by Rini at 4:17 PM 0 comments
Sabtu lepas husband ajak gi jalan-jalan sebab hari Ahad dia OT. Pepagi lagi dah keluar kul 8.30. Sarapan then kul 9.30 dah sampai MP. Tunggu jer la sampai kedai bukak. Nurin apa lagi suka la dia kalo dah kat mall nie. Bapak dia la tukang kejar dia ke sana sini. Beli baju n seluar Nurin kat parkson. Tak budget pun nak beli. Pilih2 dah kena RM110. Bapak dia kasi beli aku apalagi on jer la. Dah tengahari makan McD. Nurin dah keletihan sangat sampai tertido lepas makan berger.









Monday, May 11

Hari Ibu and Jalan-Jalan Melaka

Posted by Rini at 11:39 AM 0 comments
Semalam pepagi masak mee rebus sebab kan hari ibu kan. Aku masak dgn mak mentua. Masak banyak jugakla sebab selalu ujung minggu ipar2 n anak buah datang sini. Dah masak mee rebus tu terus masak lauk sekali. Ayam masak kari jer.
Petang dalam kul 4 baru la kuar gi jalan2 Melaka. Pegi tengok2 Eye on Mesia. Ingat nak naik la. Sekali tengok tiket dia RM20. Adus mahal sangat. Tak jadi la naik. Membazir rasanya kalau aku naik. Kalu 2 orang dah RM40. Cakap dgn husband takyah naik la. Sayang jer duit. Amik gambar jer dah la. Hehe..








Pastu bawak Nurin gi Tesco, bukannya nak beli barang pun. Semata-mata dia nak naik 'kuda' dia. Nurin ni paling ingat tempat shopping. Dari jauh lagi dia dah tau. Kira wajib la kalu gi Tesco ker, MP ker, Mydin ker dia mesti kena naik 'kuda' dia tu. Walau kita ikut jalan lain pun dia dapat cam.




Pastu laki aku ajak makan. Aku kenyang lagi sebab baru makan kat umah. Kitorang order nan roti n kima kambing. Kedai ni memang top kat Melaka. Semalam tak order ayam tandoori. Nak try rasa kima lak. Tapi dah makan-makan lupa lak nak snap gambar. Gambar ni adala... Hehe.. Tengah lapar tunggu order sampai.


Pastu gi Jusco, sesajer pusing-pusing, window shoping. Orang pun tak ramai sangat semalam kat Melaka. Tak tau la mana orang pegi. Jusco pun takde orang sangat. Nurin dah dapat keter trolley dia seronok la dia. Kejap nak turun, kejap nak naik. Pening kepala bapak dia.
Dah pusing-pusing Jusco n beli barang sikit, kitorang terus balik. Laki aku ajak makan bakso tapi malas la nak makan lagi. Nurin pun dah tido. Sampai umah kul 11 malam. Tukar baju terus tido............



Snap gambar pokok nie. Cantik lampu dia.

















Monday, April 20

Jalan-jalan Town

Posted by Rini at 12:29 PM 0 comments


Aku takder planning gi mana-mana pun semalam. Tapi husband ajak gi town, hmm ape lagi cepat jer la aku. Dah nak sampai bandar tu tetiba husband ajak gi tengok MPV Proton baru, Exora. Aku ckp ok la, jom. First impression tengok keter tu, hmm boleh tahan, cantik gak design dia. Sit belakang dia pun orang besar boleh duduk tak macam Citra. Tapi slack kat sit driver dia kecik pulak. Keter kebal aku pun lagi selesa sit dari Exora nie. Tapi ada luck ar semalam salesman tu bukak mulut suruh test drive. Laki aku on jer la. Memang nak try bawak pun. Selesa memang selesa, tapi teknologi auto dia still ketinggalan lagi. Lambat masuk gear pastu berbunyi lak tu. Minyak mesti kuat makan nie. Nak pancung pun slow, dari D ke 3 tak rasa. Mungkin tu jer la masalah keter nie. Tapi tak tau la yang lain. Nak beli pun belum boleh lagi. Harga still mahal. Ape problem yang akan muncul pun tak tau lagi. Tunggu la owner2 dia bagi komen dulu. Singgah makan kat kedai nasi padang. Harga ok tapi taste dia lak weak. Kurang garam. Dah lama tak pekena nasi padang, teringin lak tu yang gi makan tu. Pastu aku gi Mahkota Parade ada PC Fair. Sesak.. Nurin lak taknak dukung. Tangkap headfon yang cun satu, RM39. Kat kedai harga RM70. Power ar sound dia. Belikan Nurin McD. Abis dia makan DoubleCheese. Lapar ar tu kat kedai nasi tadi taknak makan.
 

RINI'S STORIES.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal