Saturday, July 25

Posted by Rini at 1:29 PM 0 comments
Buat test ni tadi.. pass kira ok la.. tapi bukan a safe driver as well.. hehe

How dangerous of a driver are you?

Created by The Car Connection

Wednesday, July 22

RC Car Hubby Aku

Posted by Rini at 2:00 PM 0 comments
Akhirnya hubby aku dapat gak beli RC car dia walaupun mendapat tentangan yang sungguh hebat dari 'aku'.. Maksudnya aku tak kasi beli laa. Dia beli dari orang brunei. Tu pun dah RM950. Baru chasis jer. Belom masuk masuk esc, batery, charger, remote, servo n tahapeape lagi. Tah baper ribu lagi nak standby taktau la aku. Survey dia nya remote, harga dia dah ratus2. Remote je tu. Adoii.. Sakit kepala n hati nie pasal harga dia. Biar je la. Tengah shipping nie lom sampai lagi. Anyway aku pun boleh tumpang sekaki gak masa main keter cntrol ni nanti. Laju woo! syok jer tengok orang main kat track.


Brand Tamiya TRF 416 World Edition. Limited edition nie.


















Monday, July 20

Posted by Rini at 6:18 PM 0 comments

Hari ni 27 Rejab hari yang mulia. Sempena hari nie juga aku berpuasa sunat Isra' Mikraj. Tah kenapa hari ni aku agak letih. Mungkin sebab tak sahur. Mungkin gak sebab cuaca yang amatlah terik. Tapi mujur aku dapat hantar kak ipar aku ke Melaka Sentral n beli barang-barang skit kat Tesco. Lepas gi Tesco mak ajak gi Cowboy lak. Hmm ikutkan je la. Sampai rumah terus terbaring. Sebab panas aku pun capai towel n mandi puas2. Terus sembahyang zuhur.

Sekarang dah kul 6.23pm lagi sejam jer nak buka. yuhuu! Mak masak rendang itik pagi tadi. Aku tak penah makan lagi rendang itik. Hubby ckp sedap. Daging itik lagi sedap dari daging ayam walaupun nampak macam sama. Kak ipar beli kat umah jiran. Seekor je dah RM49 siap proses. Mahal kan?

Friday, July 17

Sepuluh Perkara Yang Dapat Menghalang Sepuluh Perkara

Posted by Rini at 9:34 PM 0 comments
Sesungguhnya dalam setiap surah tertentu itu tersirat makna yang seringkali kita terlepas pandang. Kita selalu membaca sahaja surah2 tetapi kita tidak tahu setiap surah itu andai diamalkan dapat memberi manfaat.

1. Surah Al-Fatihah dapat menghalang kemurkaan Allah.
2. Surah Yaasin dapat menghalang dahaga pada hari Kiamat.
3. Surah Ad-Dukhan dapat menghalang huruhara hari Kiamat.
4. Surah Al-Waqiah dapat menghalang kefakiran.
5. Surah Al-Mulk dapat menghalang azab kubur.
6. Surah Al-Kautsar dapat menghalang kejahatan musuh.
7. Surah Al-Kafiruun dapat menghalang kekufuran ketika nazak.
8. Surah Al-Ikhlas dapat menghalang sifat nifaq.
9. Surah Al-Falaq dapat menghalang hasad dengki manusia.
10. Surah An-Nas dapat menghalang was-was.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Friday, July 10

Posted by Rini at 10:15 AM 0 comments

Besday Nurin ke- 3 tahun..

Posted by Rini at 9:58 AM 0 comments
 

RINI'S STORIES.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal