Friday, July 10

Besday Nurin ke- 3 tahun..

Posted by Rini at 9:58 AM 0 comments

Thursday, July 9

Beberapa Perkara yang Menyebabkan Kesusahan

Posted by Rini at 1:05 PM 0 comments
Kali ni aku nak share sikit info yang ada kat salah satu koleksi buku yang aku beli. Ianya tentang perkara-perkara yang menyebabkan kesusahan tanpa kita sedari.

Selaku orang beriman, yang penting ialah pergantungan dan keyakinan kita kepada Allah, bahawa setiap apa yang berlaku akan berlaku atau yang telah berlaku semuanya tertakluk kepada penentuan (takdir) daripada Allah yang Maha Berkuasa (Qudrat) dan Maha Menghendaki (Iradah).

Berkaitan dengan tajuk ini, dinukilkan beberapa perkara yang menyebabkan kesusahan dan kemelaratan sebagaimana yang tersebut dalam kitab Al Barakah Fii Fadl Lis-Sayi Wal Harokah.

Berikut adalah beberapa penyebab yang Allah jadikan boleh membawa kesusahan, bukan untuk menakutkan tetapi sebagai panduan untuk dihindari samada melalui usaha, ikhtiar dan doa.

1. Membakar kulit bawang merah atau bawang putih.
2. Tidur meniarap
3. Menyapu rumah di waktu malam.
4. menyapu sampah dengan kain.
5. Tidak membersihkan rumah (biar bersampah, bersawang dan berjelaga)
6. Membasuh tangan pada bekas tempat makan.
7. Duduk di atas tangga.
8. Bersandar pada salah satu daun pintu.
9. Berwudhuk di tempat buang air (jamban)
10. menjahit baju yang sedang dipakai.
11. Mengeringkan muka dengan baju yang dipakai.
12. Berdiri sambil bercekak pinggang.
13. Tidur tanpa pakaian.
14. Makan dalam keadaan junub.
15. Cepat-cepat keluar dari masjid selepas solat subuh.
16. Pagi-pagi buta pergi ke pasar.
17. paling akhir keluar dari pasar.
18. Tidak suka menutup bekas.
19. Mendoakan yang tidak baik untuk ibubapa, anak.
20. Memadamkan lampu dengan nafas (meniup api)
21. Membuang kutu dalam keadaan hidup.
22. Mencuci kaki dengan tangan kanan.
23. Kencing pada air yang bertakung.
24. Memakai seluar sambil duduk.
25. Mandi junub di tempat kecing atau najis.
26. Makan dengan dua jari ( menyepit)
27. Berjalan di antara 2 perempuan.
28. Terlalu banyak memainkan janggut.
29. Mendakap lutut dengan menyela jejari tangan.
30. Meletakkan tapak tangan di hidung.
31. Memotong kuku dengan gigi.
32. Buang air kecil dan besar menghadap kiblat.
33. Menguap semasa solat.
34. Bertongkat dagu.

DAN yang lebih besar dari yang tersebut ialah:

1. Meremehkan solat.
2. Meremehkan apa-apa yang terjatuh daripada hidangan. (tidak mengutip
makanan yang jatuh (membazir rezeki).
3. Tidak membaca bismillah ketika makan.
4. Banyak makan dan banyak berdusta.
5. Memakai selipar atau kasut di dahului dengan sebelah kiri sebelum kanan atau
berlainan warna atau saiz.
6. Makan di atas pinggan yang terbalik atau pinggan dan gelas yang telah retak
atau kemek.

WALLAHUA'LAM

Wednesday, July 8

No story....

Posted by Rini at 1:20 PM 0 comments
Hari nie 15 Rejab, aku memang planning nak puasa tapi tak kesampaian. (maklum org pompuan)
Tapi takper ada satu hari lagi, 27 Rejab. Memang aku tak kan miss.

Cuaca hari nie tah naper sayu jer. Sesayu hati aku. Aku tak pasti naper perasaan ni muncul. Mungkin cuaca nie effect kat diri aku kot. Padahal aku ok jer. Mungkin jugak sebab hari nie 15 Rejab, sama macam awal rejab lepas, cuaca cam nie gak.

Hari nie tak masak sebab malas. Malam kang ada pasar malam so dah order kat hubby balik kejer nnti beli nasi kerabu. Yummy... fav aku nasi kerabu tu. Last week kedai tu tutup, so hubby terpaksa beli kat kedai lain n kureng la sikit rasanya.

Aku tengah cari resepi gak nak buat sendiri nasi nie. Lom try lagi walaupun resepinya banyak kat tenet nie. Bukan apa, takut tak power. Nak kena kontek Rose la camnie, tp dia reti ker buat? hehe... Kalau tak reti takyah la jadi oghe kelate.. yo dok rose??

Wednesday, July 1

Misai and Janggut Pun Ada Competition

Posted by Rini at 2:23 PM 0 comments
Gambar ni aku dapat masa gi tengok competition World Beard and Mouctache Championship kat Alaska minggu lepas. Tengok la...












Sunday, June 28

Bawak Nurin Jalan

Posted by Rini at 10:50 PM 0 comments
Hari nie husband cuti, takde OT macam minggu sudah. So aku pun ajak dia gi bandar bawak Nurin jenjalan. Lepas sarapan kat umah, (sarapan mee goreng basah yang di masak oleh kak ipar, sakit perut aku makan, tau2 je la mee kuning) terus kuar.

Melaka nie, mana nak jalan lagi, pi mai pi mai tang tu la jugak. MP, Jusco, Tesco, Mydin, Giant. Tapi selalunya hubby prefer gi MP. Window shopping je la. Ujung bulan katakan. Tapi yang keje gomen dah semestinya senyum la. Gaji kuar awal. Macam aku nie, gaji hubby lewat. Janji dapat gi jalan2 n makan luar kira ok la.


Snap jap. hehe..

Then terus gi MP. Pusing2 sementara nak tunggu perut kembali lapar. Gi Parkson, hubby nak survey2 baju n seluar. Dia berkenan kat satu seluar Bonia nie. Aku tengok material dia memang best giler. Bila belek tag dia, RM169 fix price. Aduss mahalnya. Ni second time dia belek seluar nie. Last two week pun dah tengok. Then aku cakap la kalau nak beli, beli la. Tunggu gaji nnti tangkap je satu. Banyak brand2 lain yang ada offer, yang tu gak dia nak. Aku ikutkan je la. Penat dia bekerja kan. Biar la dia beli, tak penah lagi dia beli seluar mahal. Selalu yang biasa2 je. Kes mengidam ler ni. Yang mahal aku ingat brand Hush Puppies. Tu pun around RM100. Seluar slack la. Kalau jeans tu lain citer memang hundred something. Tapi hubby dah tak minat pakai jeans. Jeans semua dah sedekah.









Budak yang tak reti dok diam, tengok la dia dok kat mana...






Nurin kat shopping, camni la dia. Penat nak kejar dia. Semua dia nak raba.

Dah jalan2 perut pun lapar. Planning dari umah nak makan pizza. Tengok2 restoran dia pack. Then decide untuk gi pizza hut kat Giant. Sebab selalunya Giant ni tak bz sangat.


Nurin tgh pilih menu. Ye ye oo jer..


Order stuff crust super supreme meal seat, dengan carbonara meat ball.



Nurin dah bedal garlic bread dulu.



Aku yang cun.. muakaka..





Kerana dah kekenyangan tahap gaban, kitorang pun surrender n blah. Kena bil Rm50. Cek2 balik bil ada wrong key in. Kira2 bil kat luar duit kitorang terlebih bayar RM5. Hubby cakap biar kan je lah. Then aku tak claim la. Terus move out. Malas nak gi mana2 dah, terus je la pulang ke rumah.
Selesai.......

Friday, June 26

Hari Ketiga Rejab..

Posted by Rini at 8:29 AM 0 comments


Hari ni hari ketiga aku berpuasa Rejab. Harap2 aku dapat berpuasa dengan bilangan hari yang lebih banyak. Hari pertama cuaca memang cool jer. Tapi hari kedua cuaca memang cukup panas n hangat. Harap2 hari nie cuaca elok jer la. Hehe..

Hari pertama tu hubby belikan ayam percik untuk buka. Sebab ada pasar malam kat area tempat keje dia. By the way thanx to hubby sebab dia balik awal untuk belikan ayam tu. Kalau ikut time dia punch-out kul 7 n sampai umah dalam kul 7.30 malam. Tapi hari rabu tu dia sampai umah kul 6.50 p.m

Semalam n hari nie takder la ayam percik. Untuk esok aku dah booking siap2, nak ayam percik lagi sebab esok ada pasar malam lagi. Hmm sedap la sikit berbuka. Biasala kan, time2 puasa nie makanan yang bakar2 yang buat selera



Wednesday, June 24

Pengalaman Di Bilik Mayat. Kisah Benar.....

Posted by Rini at 8:07 AM 0 comments

Dipetik dari pengalaman…


Sebuah kisah benar yg terjadi dan tak dpt dilupakan oleh penulis sepanjang hidupnya!


Pesanannya, Hati2lah bila masuk ka tandas dan pandang sekeliling dan baca doa masuk tandas supaya anda tidak mengalami apa yg beliau alami.


Malam itu, malam Jumaat. Kebanyakkan anggota polis dan penyiasat-penyiasat semua dah balik ke rumah, ada yang keluar makan, ada pulak yang sedang melakukan rondaan atau serbuan di tempat-tempat yang hangat disarangkan jenayah.


Aku baru jer balik dari rumah mayat SGH utk mengenal pasti satu mayat yg menurut doktor rumah mayat, adalah Lim Ah Bee, seorang pemandu teksi, yang dilaporkan hilang 7 hari lepas. Memang betul tu lah dia, menurut gambar-gambar yang diberikan oleh ahli keluarganya, yg melaporkan kehilangan Ah Bee kelmarin.


Badanku berlengas peluh dan bau busuk dari bilik mayat. Setibanya dipejabat, aku mencapai tuala dan sabun, menukar kasut, dan menuju ke arah bilik mandi. Jam di dinding menunjukkan pukul 12:20 malam. “Apa lah nasibku ini,” aku mengeluh…


Baru semalam shif pagi, dan hari ini hari cuti aku. Tapi terpaksa bekerja juga. Sgt Hilal terpaksa mengambil cuti tergempar kerana bapanya sakit teruk. Takpelah hari ni hari dia. Besok mungkin hari ku pulak.


Sampai jer di bilik air, aku terus menuju ke kamar mandi. Seluruh bilik air tu kosong, sebab hanya 3 orang jer yg bertugas malam tu. Kedua-dua rakan sekerja yg bertugas keluar menghadiri kes. Aku pun melucutkan pakaianku, terus membuka air panas dan membiarkan air itu menbasahi seluruh rambut dan badanku…


Tiba-tiba, terdengar bunyi yang aneh, “Pssssttttt.”


Mula mula, aku fikir salah seorang dari kedua rakanku itu dah balik ke stesyen dan ada di kamar mandi.


Aku pun menjerit “Bala, kau ke tu ?” tapi tak ada jawapan.


Aku pun sambung menggosok gosok sabun ke seluruh badanku. Kurang dari 3 minit kemudian, bunyi tu ada lagi ” Psssssssttttt”. Tetapi kini, diikuti dengan bau wangi, seperti bunga mawar. Dentuman hatiku terus pantas, dan perasaan takut menyelubungi ku.


Aku pun bergegas mengosokan sabun yang masih ada di tubuhku, ambil tuala dan mengelap seluruh tubuh. Setelah menyarung seluar, aku mencapai baju dan terus membuka pintu.


Tiba-tiba, didepan muka ku, bunyi itu datang lagi, kini lebih kuat “PSSSSTTTTTT” ………… diiringi bau wangi yg menusuk hidungku…


Aku terpaku, tidak bergerak seketika… Lepas tu barulah aku pandang ke atas…..


***PERHATIAN!!! Pada sesiapa yg lemah semangat, harap hentikan membaca sampai disini jer, kerana kejadian ini memang benar2 berlaku.

.......

.......

.......

.......

.......

.......

.......


Lalu aku tertawa sendiri… “Cilaka punya perfume dispenser” buat suspend jerrrrrrrr…

hehehehehehe…

Wallahu a’lam

Tuesday, June 23

Kisah Sedih di Hari Minggu..

Posted by Rini at 11:15 AM 0 comments
Lagu Yang Sedih Didengar... Lagu nie dinyanyikan semula oleh Marshanda...

Sabtu malam kusendiri

Tiada teman kunanti

Di sekitar kulihat dia

Tiada seindah dulu

Mungkinkah ini berakhir

Aku tlah patah hati

Walaupun kuberkata bukan

Bukan itu..


*

Penyesalanku semakin dalam dan sedih

Tlah kuserahkan semua milik dan hidupku

Aku tak mau menderita begini

Mudah-mudahan ini hanya mimpi

Hanya mimpi..


Kisah sedih di hari Minggu

Yang slalu menyiksaku

Kutakut ini kan kubawa

Sampai mati..




Monday, June 22

Rejab Tiba Lagi...

Posted by Rini at 6:04 PM 0 comments
Rabu nie bulan Rejab tiba. Tinggal 2 bulan jer nak masuk bulan puasa. Pada sesiapa yang mampu tu sama-samalah kita berpuasa sunat Rejab kerana fadilatnya sangatlah besar. Aku pun dah planning nak puasa. Maksimum berapa hari tu tak tau lagi. Pada kaum wanita tu yang belum ganti puasa ramadhan tu eloklah berpuasa pada bulan rejab nie dengan niat puasa ganti, sebab dengan niat puasa ganti nie pahala puasa Rejab akan kita dapat sekali.

Puasa pada 1 Rejab, Allah akan memberi keredhaan padanya.

Puasa pada 27 Rejab, akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.

Puasa 2 hari di bulan rejab akan mendapat kemuliaan disisi Allah.

Usahakanlah dapat 3 hari pertama Rejab kerana Allah akan memberi pahala berpuasa 900 tahun dan diselamatkan dari bahaya dunia dan siksa akhirat.

Barangsiapa berpuasa 5 hari di bulan Rejab akan, permintaannya akan dimakbulkan Allah.

Dan pada sesiapa yang mampu, ikhtiarkan untuk berpuasa selama 7 hari di bulan Rejab kerana fadilatnya Allah akan menutup kepadanya 7 pintu neraka jahanam untuknya dan dibuka 7 pintu syurga.

Dan sesiapa yang berpuasa 15 hari di bulan Rejab, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan segala kejahatannya dengan kebaikan.

Jadi sama-samalah kita menunaikan ibadah ini demi mendapat redha darinya Insyaallah...


Saturday, June 20

Kisah 4 Orang Bakal Ayah..

Posted by Rini at 4:03 PM 0 comments

Al-kisah di sebuah hospital, 4 org bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan zuriat mereka.

Kemudian nurse keluar dan memberitahu ayah yang pertama, "Tahniah, kini kamu telah menjadi bapa kepada kembar dua."
"Mungkin satu kebetulan." kata si ayah. "Saya bekerja di Twin Star Ent".

Kemudian nurse lain pula keluar dan memeberitahu ayah yang kedua, "Tahniah, kamu mendapat kembar tiga"!
"Wow mungkin satu kebetulan kerana saya bekerja di 3N Communication".

Kemudian seorang lagi nurse keluar dan memneritahu ayah yang ketiga, "Congratulation, u dapat anak kembar 4."
"Alhamdulillah, mungkin ini satu kebetulan kerana saya bekerja di Four Season Hotel."

Ayah yang keempat ketika ini nampak agak gelisah dan tak menentu.
Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "kenapa risau sangat?"

Jawab ayah yang keempat, "Saya bekerja di 7 Eleven."

Friday, June 19

Saturdays - UP

Posted by Rini at 7:45 PM 0 comments

Go, go, go
It's time to make the move and we both know,
It's time to step it up a notch
I'm ready to loose touch
baby boy,
Go, go, go

This is the crossing at the main intersection,
Up is were we go from here,
Finest selection,
This can take us anywhere,
I don't want protection,
Life is better of the line, ine, ine...

I'm ready for the lift up,
Keep steady beat
Coz I'm ready for the big jump,
Keep up with me,
If you lose me then you know,
You're just a bit too slow,
I only go up, up.
I'm ready to be in control
And the ground isn't good enough for me,
I know where to find what I want and I'm gonna keep on,
Keep on, up, up.

No turns now,
We're going straight,
You better hold on tight,
Coz if you fall you're on your own
Coz I'm gonna go on,
No, no, no turns now.

This is the final call for all destination,
This is were you're in or out,
No hesitation,
This is not the time for doubts,
Make your decision ,
Are you on or off the line?, ine, ine...

I'm ready for the lift up,
Keep steady beat
Coz I'm ready for the big jump,
Keep up with me,
If you lose me then you know,
You're just a bit too slow,
I only go up, up.
I'm ready to be in control
And the ground isn't good enough for me,
I know where to find what I want and I'm gonna keep on,
Keep on, up, up.

This is the crossing at the main intersection,
Up is were we go from here,
Finest selection,
This can take us anywhere,
I don't want protection,
Life is better of the line, ine, ine.. (Ooh)

I'm ready for the lift up,
Keep steady beat
Coz I'm ready for the big jump,
Keep up with me,
If you lose me then you know,
You're just a bit too slow,
I only go up, up.
I'm ready to be in control
And the ground isn't good enough for me,
I know where to find what I want and I'm gonna keep on,
Keep on, up, up.

HOT n COLD

Posted by Rini at 7:33 PM 0 comments
Minat dgr lagu Katy Perry nie.. You're hot then you're cold, you're yes then you're no........

You... change your mind
Like a girl... changes clothes
Yeah you... PMS
Like a bitch... I would know
And you ... over think
Always speak ... cryptically
I should know ... that you're no good for me!

'Cause you're hot then you're cold
You're yes then you're no
You're in then you're out
You're up then you're down
You're wrong when it's right
It's black and it's white
We fight, we break up
We kiss, we make up

(You) You don't really want to stay, no
(You) But you don't really want to go
You're hot then you're cold
You're yes then you're no
You're in and you're out
You're up and you're down

. . . . . .

We... used to be
Just like twins... so in sync
The same... energy
Now's a dead... battery
Used to laugh... 'bout nothing
Now your plain... boring
I should know... that you're not gonna change!

'Cause you're hot then you're cold
You're yes then you're no
You're in then you're out
You're up then you're down
You're wrong when it's right
It's black and it's white
We fight, we break up
We kiss, we make up

(You) You don't really want to stay, no
(You) But you don't really want to go
You're hot then you're cold
You're yes then you're no
You're in and you're out
You're up and you're down

. . . . . .

Someone... call the doctor
Got a case of love bi-polar
Stuck on a... roller coaster
Can't get of this ride.

You... change your mind
Like a girl... changes clothes...

'Cause you're hot then you're cold
You're yes then you're no
You're in then you're out
You're up then you're down
You're wrong when it's right
It's black and it's white
We fight, we break up
We kiss, we make up

You're hot then you're cold
You're yes then you're no
You're in then you're out
You're up then you're down
You're wrong when it's right
It's black and it's white
We fight, we break up
We kiss, we make up

(You) You don't really want to stay, no
(You) But you don't really want to go
You're hot then you're cold
You're yes then you're no
You're in and you're out
You're up and you're down

Thursday, June 18

Keter Control RC CAR

Posted by Rini at 10:16 AM 0 comments
Lately nie, hubby aku sibuk nak cari RC Car. Balik kejer jer terus surfing. Bila tanya dia kata dia nak ada hobby. Hmm.. whatever la. Abis tu cari yang second hand lak tu.



Wednesday, June 17

Cinta..

Posted by Rini at 10:15 PM 0 comments
Cinta... Macam-macam definisi cinta. Macam-macam tafsiran cinta. Macam-macam erti dan makud cinta. Cinta itu buta. Cinta itu gila. Cinta itu suatu siksa. Cinta itu sendiri adalah anugerah Ilahi yang tak ternilai kepada manusia untuk saling menyintai dan saling memiliki. Cinta adalah memberi kasih sayang dan cinta juga tak boleh dipaksa dan ada ketikanya ia datang tanpa disengajakan.

Betapa agungnya kuasa cinta sehinggakan sesiapa yang sedang dilamun cinta akan merasa suatu suasana yang sungguh berbeza. Suasana yang tak pernah dirasa sebelumnya. Apatah lagi cinta pada pandangan pertama yang akan membuat batin tersiksa. Tak jumpa sehari terasa bagai seminggu. Makan tak kenyang. Tidur tak lena. Mandi tak basah. Rasa cinta membuatkan kita seperti berada di dalam alam kita sendiri. Alam penuh khayalan.

Tapi..... bila cinta itu harus berakhir, kita sering hilang pedoman. Kita akan merasa diri kita orang yang paling malang. Frust menonggeng istilahnya. Apatah lagi bila kita mengharap cinta itu adalah untuk selamanya. Tapi kita hendaklah berbalik semula pada hakikat. Hendaklah berbalik pada takdir Ilahi. Tak semua cinta itu harus berakhir dengan kebahagiaan. Ada cinta yang memerlukan pengorbanan. Pengorbanan yang seakan perit untuk di lalui. Pengorbanan yang menuntut kita kehilangan cinta kita. Walaupun ia menyakitkan tapi ia masih indah untuk dikenang.
 

RINI'S STORIES.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal