Thursday, July 9

Beberapa Perkara yang Menyebabkan Kesusahan

Posted by Rini at 1:05 PM
Kali ni aku nak share sikit info yang ada kat salah satu koleksi buku yang aku beli. Ianya tentang perkara-perkara yang menyebabkan kesusahan tanpa kita sedari.

Selaku orang beriman, yang penting ialah pergantungan dan keyakinan kita kepada Allah, bahawa setiap apa yang berlaku akan berlaku atau yang telah berlaku semuanya tertakluk kepada penentuan (takdir) daripada Allah yang Maha Berkuasa (Qudrat) dan Maha Menghendaki (Iradah).

Berkaitan dengan tajuk ini, dinukilkan beberapa perkara yang menyebabkan kesusahan dan kemelaratan sebagaimana yang tersebut dalam kitab Al Barakah Fii Fadl Lis-Sayi Wal Harokah.

Berikut adalah beberapa penyebab yang Allah jadikan boleh membawa kesusahan, bukan untuk menakutkan tetapi sebagai panduan untuk dihindari samada melalui usaha, ikhtiar dan doa.

1. Membakar kulit bawang merah atau bawang putih.
2. Tidur meniarap
3. Menyapu rumah di waktu malam.
4. menyapu sampah dengan kain.
5. Tidak membersihkan rumah (biar bersampah, bersawang dan berjelaga)
6. Membasuh tangan pada bekas tempat makan.
7. Duduk di atas tangga.
8. Bersandar pada salah satu daun pintu.
9. Berwudhuk di tempat buang air (jamban)
10. menjahit baju yang sedang dipakai.
11. Mengeringkan muka dengan baju yang dipakai.
12. Berdiri sambil bercekak pinggang.
13. Tidur tanpa pakaian.
14. Makan dalam keadaan junub.
15. Cepat-cepat keluar dari masjid selepas solat subuh.
16. Pagi-pagi buta pergi ke pasar.
17. paling akhir keluar dari pasar.
18. Tidak suka menutup bekas.
19. Mendoakan yang tidak baik untuk ibubapa, anak.
20. Memadamkan lampu dengan nafas (meniup api)
21. Membuang kutu dalam keadaan hidup.
22. Mencuci kaki dengan tangan kanan.
23. Kencing pada air yang bertakung.
24. Memakai seluar sambil duduk.
25. Mandi junub di tempat kecing atau najis.
26. Makan dengan dua jari ( menyepit)
27. Berjalan di antara 2 perempuan.
28. Terlalu banyak memainkan janggut.
29. Mendakap lutut dengan menyela jejari tangan.
30. Meletakkan tapak tangan di hidung.
31. Memotong kuku dengan gigi.
32. Buang air kecil dan besar menghadap kiblat.
33. Menguap semasa solat.
34. Bertongkat dagu.

DAN yang lebih besar dari yang tersebut ialah:

1. Meremehkan solat.
2. Meremehkan apa-apa yang terjatuh daripada hidangan. (tidak mengutip
makanan yang jatuh (membazir rezeki).
3. Tidak membaca bismillah ketika makan.
4. Banyak makan dan banyak berdusta.
5. Memakai selipar atau kasut di dahului dengan sebelah kiri sebelum kanan atau
berlainan warna atau saiz.
6. Makan di atas pinggan yang terbalik atau pinggan dan gelas yang telah retak
atau kemek.

WALLAHUA'LAM

0 comments on "Beberapa Perkara yang Menyebabkan Kesusahan"

Post a Comment

 

RINI'S STORIES.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal